Tuesday 31 March 2015

Sopoong Again

Assalamualaikum...

Hi guys and girls, sebelum ni aku dah pergi dah sopoong yang dekat Times Square ni. Kiranya yang kali ni adalah kunjungan aku yang kedualah nampak gayanya. Actually pergi Times Square ni disebabkan adik iolss nak beli baju baru, maklumlah baru dapat bonus kaw-kaw dari Celcom. Lepas habis shopping kitorang ke restoran ni untuk makan tengah hari sama-sama.

Uolss.. lama sangat rasanya tak pekena makanan Korea ni. Asyik makan kimchi jer, apa kata kali ni makan bibimbap pulak. Harga makanan kat sini pon berpatutan. Nak tengok menu ni pon mengambil masa yang lama, kene cek juga apa bahan yang ada pada setiap menu yang ada, takut ada yang tak dapat diterima tekak pulak nanti.


Ni lah dia sushi korea, tak ingat pulak apa nama dia dalam Korea, ok baru ingat, nama dia kimbap. hehe..satu set ni murah jer.  Ada sup dan side dish kimchi yang pelbagai jenis.


Nilah dia bibimbap tu. Kau nampak jer mangkuk ni macam kecik jer kan, sebenarnya, mangkuk ni dalam. Segala isi dan nasi ada terlelak di dasar mangkuk ni. 


Lepas tu, campurkan dengan sos dan kicap yang disediakan. Lagi banyak kau letak lagi sedap ok. Lapar pulak bila tengok balik gambar ni balik. Tertelan air liur...gulp..hehe


Inilah hasil dia, selepas digaulkan. Nampak macam tak senonohkan, tapi yang tak senonoh ni la yang sedap di makan, sampai terigau-igau di ingatan..ececeh..hihi.

Jemput makan kawan-kawan, owh lupe nak bagitahu,. bibimbap ni satu set sekali dengan telur kukus dan kimchi. Telur kukus tu memang sedap dan sangat mengenyangkan. Nanti nak try buat sendiri kat rumah. Tapi tak tau la bila nak try. Senang jer sebenarnya nak buat.



Ini Baniah, adik saya, kitorang geng kuat bergaduh dan selalu tak sependapat. Kalau dah berjumpa tu kalau tak gaduh memang tak sah. Tapi gaduh tak lama, sebab air yang dicincang tak akan putus. Uolss, who looks more younger here, me or my sister. hehe..just kidding.

Thanks for reading...see you next time!!..

Sunday 29 March 2015

Restoran Ali, Muthu, dan Ah Hock

Assalamualaikum...

Hello..and good morning. Lama sangat rasanya tak update blog, sejak mood nak mengupdate blog ni melayang entah ke mana, aku rase macam dah malas sangat nak menaip dan tak ada cerita yang menarik juga untuk dikongsikan. Entri yang kali ni just nak share tentang sebuah restoran Ali, Muthu dan Ah Hock yang terletak di Oasis Damansara berdekatan dengan Ara Damansara. Macam comel je kan nama restoran ni. Ada Melayu, India dan Cina. Pergi restoran ni pon sebab nak sambut birthday ofismate dan semua sekali di sponsor oleh bos.


Ini adalah di antara menu yang disediakan di restoran ni. Menu dia ringkas dan servis juga cepat. Lepas ni rasanya nak cuba nasi goreng Ali dan mee goreng Muthu.  Ah Hock punya menu tak ada pulak, maybe dah diganti dengan nasi goreng cina. hehe..


Aku advice korang kalau first time datang restoran ni, make sure kena cuba nasi lemak ayam dia. Nasi Lemak dia sangat sedap dan memang berbaloi dengan harga dia.


Sebelum makan bergambar dulu dengan ofismate. Some part of the picture harus di sensor terlebih dahulu sebelum di post..hehe. Sebab tu lah ada bintang dan bear di situ. Harap maklum. Happy birthday to Noni (yang pakai tudung biru duduk di tepi dinding). 

p/s: Aku macam dah notice dekat gambar ni, aku macam dah semakin tembam, nampaknya perlu start exercise balik. huhu..

Wednesday 18 March 2015

Site Injury and Car Accident

Assalamualaikum...

# Jatuh Tangga

Rasanya ini adalah kali pertama aku mengalami kecederaan ketika bekerja di site. Entah macam manalah boleh jatuh tersungkur dekat tangga apartment yang dalam pembinaan. Iolss punya kaki terseliuh dan membengkak sehingga boleh terlihat darah beku di kawasan buku lali. Tapi yang ajaibnya lepas jatuh jer, takdelah rasa sakit sangat, just rasa denyut-denyut jer. Aku boleh lagi naik dan turun tangga dan pergi jalan-jalan dari depan sampai kebelakang site.



Inilah tangga yang mengerikan tu. Dahlah gelap tak ada lampu. Entah macam manalah boleh tersilap langkah. Rasanya aku tak boleh nak agak berapa banyak anak tangga perlu dipijak lagi, sebabnya keadaan dekat tangga tu terlalu gelap. Lepas ni make sure kalau nak turun tangga ni kena buka flashlight dulu.

Dah balik ofis baru terasa ngilu. Jalan pun dah terhencut-hencut. Letak ais batu untuk surutkan bengkak. Bila time nak solat baru terasa seksanya nak bergerak dan sangat sakittt.. Then, I decide pergi klinik panel company. Dr. just check lebam dan bagi ubat sapu dan tahan sakit...but MC tak dapat..sadisss betul. 


Comel tak kaki aku??hehehe..Yang ni lepas dah kena urut dengan kakak aku. Then pakai bandage untuk prevent kaki aku dari masuk angin. Time ni kaki memang dah bengkak sampai ke pergelangan kaki. Sakit tu memang sakit sangat, especially bila time kakak aku urut, sampai menangis bila kena urut.

Esoknya bengkak still tak hilang dan kaki pun still sakit lagi. Aku ambil keputusan ambil mc dekat klinik dekat-dekat dengan rumah. Dr. tu siap buat x-ray lagi. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan teruk pada tulang kaki. Cuma bengkak di bahagian ligamen kaki jer.

# Car Accident

Nak balik dari klinik tu secara tiba-tiba masa nak keluar parking aku telah terlanggar belakang lori..huhu, aku memang tak perasan ada lori parking memang betul-betul belakang kereta iolss. Dah lah jatuh tangga, esoknya pulak eksiden, memang tragis betul hidup aku. Salah siap? Salah diri sendiri sebab tak alert . Redha jer lah nak buat macam mana lagi kan. 



Kesian si merah, yang ni dah kali ketiga si merah I dilanggar. Mak I sampai nak bawa iolss jumpa ustaz untuk berubat. Sebabnya, dah macam-macam benda dah jadi pada aku dalam setahun dua ni. Oklah mak, nanti kita jumpa ustaz eh. Rasanya macam ada benda tak kena jer dengan anak mak yang sorang ni. Mana taknya masuk yang ini, dah 5 kali accident.



Tak kan nak biarkan si merah tu macam tu jer, risau pulak kalau dia berkarat nanti. Dengan kaki yang bengkak dan berbalut, boleh lagi aku survey dekat dalam 3 buah bengkel mengetuk dan mengecat sekitar subang ni. Lastly, terjumpa kedai mengetuk dan mengecat yang murah di Kampung Melayu Subang. RM 200 untuk kos mengetuk dan mengecat. Sesiapa yang nak repair body kereta tu bolehlah datang ke sini. Bengkel ni berdekatan dengan Metro Driving Academy. senang sangat nak cari sebabnya bengkel ni betul-betul tepi jalan.



Tak siap lagi, esok baru boleh ambil. Hasil kerja dia pon kemas dan memuaskan. Sekian cerita dari saya, terima kasih kerana sudi mendengar. (^ ^)





Sunday 8 March 2015

Guna Handphone Boleh Buat Duit??

Assalamualaikum...

Hi guys and girls...korang percaya tak sekarang ni ada satu bisnes online yang menggunakan handphone kita sendiri sebagai medium. Bisnes apa tu? Bisnes ni dipanggil sebagai perniagaan  Kad Sim Prepaid WOW-ToneExcel.

Korang mesti ingat ni mesti bisnes top-up, eh..anda silap, ini bukan program jual top-up, ini adalah program baru daripada syarikat ToneExcel dengan kerjasam TuneTalk yang dipelopori oleh Jason Lo dan disokong oleh syarikar gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia (Tune Air).





Dengan menyertai program ini, anda juga akan mendapat Perlindungan Insurans percuma sebanyak RM 100,000,00 yang disediakan oleh Tune Insurance dan akan mendapat Tiket penerbangan percuma Air-Asia dan juga Free Smartphone boleh klik di laman: free-tiket-air-asia-dengan-big-points dan free-smartphone-dengan-big-points bila anda tebus balik points anda.


Macam mana nak menjadi ahli??

Apabila anda membeli simkad ni, secara automatik anda boleh menjadi agent untuk simkad Wow Tone Excel ni. Dari situ anda akan mendapat satu ID hanya untuk kegunaan pengguna SimKad Tone Excel ni sahaja.

Apabila sudah menjadi ahli anda boleh menambahkan pendapatan sampingan dengan menjadi agent untuk memperkenalkan bisnes ini kepada sesiapa sahaja yang anda suka dan juga boleh menjual simkad ni sendiri kepada kenalan atau rakan-rakan.

Nak Jual SimKad pada siapa dan bagaimana nak perkenalkan bisnes ni??

Anda boleh jual simkad dan perkenalkan bisnes ni kepada sesiapa sahaja, samaada pada orang yang anda kenal dan tak kenal. Tak nak jumpa face to face pon tak apa, kita boleh gunakan medium yang sedia ada seperti:

1. FACEBOOK
2. BLOG 
3. WHATSAPP
4. WEECHAT

Sebenarnya banyak lagi cara yang kita boleh gunakan, gunakanlah kemudahan media sosial sebaiknya. Sambil duduk tak ada buat apa-apa di rumah, buka FB siarkan iklan sahaja anda sudah boleh jana pendapatan sampingan.

Macam mana nak dapat iklan tersebut?

Tak perlu risau, Upline anda akan membantu anda cara untuk mempromosikan Simkad dengan teknik -teknik yang paling berkesan.

Macam mana nak dapat komisen??

Nak dapat komisen senang sahaja.. Anda kenalkan simkad ni, dan anda jual anda dapat RM 20 komisen untuk 1 orang yang anda kenalkan.

Rakan yang anda taja tu topup, anda dapat lagi 10%-13% komisen.

Cuba bayangkan selagi rakan anda atau sesiapa sahaja yang kita taja itu menggunakan simkad Tone Excel dan selagi itu dia Topup, selagi itulah kita akan mendapat unlimited lifetime income.




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut di antara kelebihan yang lain yang ada pada Tone Excel boleh klik di  Klik di Sini atau ke laman web saya sendiri di, Klik di Sini

Jika Berminat untuk mendapatkan Sim Kad TTTE ni boleh hubungi saya di nombor 013-4216891 (Whatsapp juga available)











Friday 6 March 2015

Jom Bertukar


Assalamualaikum...

Hello guys and girls..., uolss masih lagi menggunakan simkad yang biasa dari telco yang lain?. Apa yang kita dapat selain dari call, sms, internet, ataupun yang lagi best maybe setiap tahun dapat birthday bonus, call, internet dan sms percuma. Rasanya itu jerlah yang kita dapat bila menggunakan simkad biasa dari telco yang lain. Saya pun dah dapat semua  kelebihan tu dari telco yang saya pernah gunakan sebelum ni. 

Tapi selepas saya menggunakan SimKad Tune Talk Tone Excel, baru saya sedar yang sebenarnya ada lagi telco yang boleh memberikan lebih banyak lagi ganjaran daripada simkad biasa yang saya gunakan sebelum ini. 

Kenapa saya Tukar Simkad Saya??


#1 Kelebihan yang Banyak


Banyakkan kelebihan yang ada pada simkad TTTE ni. Kalau kita topup RM 50 setiap bulan secara konsisten  kita akan dapat percuma Lifetime Insurans sebanyak RM 100,000. Siapa nak bagi insurans percuma macam tu jer.

Sebelum ni juga saya ada menerangkan tentang kelebihan-kelebihan lain yg ada pada TTTE ni, boleh klik di LINK yang saya bagi di bawah ni:


#2 Coverage Celcom/ Tune Talk

Tak pasti dengan kekuatan line coverage TTTE? Jangan risau sebab line coverage Tune Talk menggunakan line coverage Celcom 100%. So, di mana  ada line celcom di situ ada line coverage untuk Tune Talk juga. 


#3 Boleh Kekalkan Nombor Lama

Boleh kekalkan nombor lama anda dengan cara PORT-IN nombor lama anda di laman web Tone Excel. Proses port-in ini adalah percuma. Boleh dibuat secara SMS, dan secara online di laman web www.toneexcel.com. Mudah sahaja, dalam masa 24 jam , kita akan dapat notis dari servis provider yang akan mengatakan nombor kita sudah dimasukkan ke Simkad Tone Excel.





#4 Top Up di mana-mana

Boleh topup dimana-mana selagi kedai topup tak tutup. Jadi tak perlu risau kalau nak top-up kredit anda. Kemudahan sudah berada di mana-mana, cuma kita saja yang perlu bijak menggunakannya.


Boleh percaya ke Tone Excel ni???

Tone Excel juga sudah didaftarkan di bawah Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia. Jadi tak perlulah risau sekiranya anda masih ragu-ragu dengan syarikat Tone Excel ni.


Jika Berminat untuk mendapatkan Sim Kad TTTE ni boleh hubungi saya di nombor 013-4216891 (Whatsapp juga available)







Thursday 5 March 2015

The Transformation of My Handphone

Assalamualaikum...

Hello..korang start guna handphone masa umur korang berapa?..Aku mula menggunakan handphone selepas habis SPM dan baru nak memasuki Matrikulasi. Umur 18 tahun baru boleh merasa pegang handphone sendiri, itupun guna duit sendiri uolss.

#1 My 1st Handphone

Tak ingat model jenis apa, yang pasti jenama LG. Masa zaman ni handphone yang ada GPRS dan Bluetooth ni dah kira sangat power dah. Tapi handphone ni ada GPRS jer, pastu sound dia monofoniknye sound. Bangga gila aku masa ada handphone ni. Itu jer lah kot kelebihan dia yang ada. 

#2 My 2nd Handphone

My 2nd Handphone adalah handphone Samsung Corby 1. Gempak tak lepas handphone ala-ala 3310, terus lompat ke handphone touch screen. huhu.. Corby 1 ni first trial samsung punya keluaran untuk telefon touch screen. Kiranya aku adalah orang yang kira beruntung jugaklah sebab dapat merasa handphone touch screen. Masa tu ramai kawan-kawan aku yang jealous sebab iolss dapat guna handphone yang cute ni. Its so cute, sebabnya handphone ni boleh tukar cover belakang dia dengan design dan colour yang kita suka. Aku dapat colour oren, hitam , dan oren corak-corak macam yang kat bawah ni. Tau tak sebab apa iolss tergila-gilakan handphone ni masa zaman universiti dulu, sebabnya iolss dah sangat terpengaruh dengan cerita korea "You are Beautiful" yang dilakonkan oleh Jang Geun Suk. Semua actor dalam cerita tu guna handphone yang sama macam Corby 1. Tapi handphone jenis ni tak tahan lama, adalah dapat guna dalam 2 tahun lebih, lepas tu terus kong. Lepas tu, handphone ni adik iolss hilangkan, katanya dah kena curi dengan orang.


#3 My Third Handphone

Untuk handphone yang ketiga ni aku dah berazam tak nak pakai touch screen punya handphone. Punyalah fed-up dengan Corby 1, sampai dah tak pandang dah handphone jenis touch screen ni. Handphone yang ketiga ni I guna jenama TSM (apa punya jenama entah).  Last-last handphone ni pon rosak tak sampai setahun. Menyesal pulak beli handphone murah dan tak berjenama ni. Kualiti dia memang hancur, kalau receive call, selalu tak dapat dengar orang yang call kita, then tiba-tiba jer dia off sendiri secara tak tentu pasal.

#4 My Fourth Handphone

Samsung Note 1 adalah handphone aku yang keempat. Masa beli handphone ni aku still tak kerja lagi. Beli pun guna duit yang ada dalam simpanan aku. Mahal kot handphone ni masa beli dulu, sekarang kalau nak jual balik, kedai nak RM 100 jer..huhu baik aku simpan buat kenangan, boleh tunjuk dekat anak cucu nanti. Handphone ni pon dah rosak, tapi still boleh repair lagi. Lama jugak guna HP ni hampir 3 tahun jugak. Banyak berjasa jugak handphone ni, dengan handphone ni lah aku boleh buka jobstreet bila-bila masa tanpa perlu ke ciber cafe. Beli handphone ni semata-mata nak memudahkan aku mencari kerja dan yang paling best dapat main game.hihi.



#5 My Fith Handphone

Selepas jer my Note 1 aku dah jadi arwah, aku terus buat keputusan untuk membeli handphone yang baru. Sebenarnya dah lama dah nak tukar handphone baru, sebabnya masa guna samsung Note 1 ni bateri dia memang banyak masalah dan dalam sehari tu boleh dikatakan hampir 3 kali kena recharge bateri. Susah jugak masa tu, letih sebab asyik nak kena recharge. Then, aku terus beli handphone yang baru, iaitu Lenovo Vibe Z. Harga dia RM 1100 (termasuk casing). Setakat ni handphone tak ada masalah lagi dan bateri pon tahan lama. Dalam sehari tu charge cuma sekali jer. Cuma aplikasi dia berbeza berbanding Note 1. Note 1 ni banyak sikit aplikasi yang ada dan bagi aku Note 1 ni lebih canggih berbanding Lenovo ni. Cuma Lenovo Vibe Z ni aku suka sebab build in batteri dia 3000mAh, berbanding Note 1 yang cuma 2500mAh bateri dia. Lenovo yang jenis ni juga nipis dan sangat ringan berbanding Note 1. 



Kesimpulannya, gunalah handphone secara tertib dan perpada-pada, dan belilah mengikut kemampuan sendiri. Jangan jadi seperti aku, beli sebab nak ikut trend dan guna pulak macam raksasa. Oklah bye..(^__^)




Tuesday 3 March 2015

Harga Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum...

Hai..guys and girls, siapa di sini masih tak lost contact lagi dengan kawan-kawan lama anda. Sunyi hidup ni kalau tak ada rakan-rakan yang boleh berkongsi segala cerita, gosip, ketawa dan sedih bersama. Baru-baru ni ada berjumpa balik dengan kawan-kawan lama satu universiti dulu. Kami memang tak tinggal jauh-jauh, kebanyakannya ramai yang bermastautin dan bekerja di area Selangor ni jugak.


Dah jadi kebiasaan kalau dah berjumpa mestilah makan bersama, jalan-jalan dan tengok wayang. That is the basic thing bila I dan girlfriends I akan buat kalau dah berjumpa. We all so happy together, sebab dah lama sangat tak gosip dengan diorang ni semua. Yang bestnye, kitorang ni single lagi weyy..sebab tu lah boleh jadi rapat sampai sekarang. Single ke tak single ke, but we all still happening bila berjumpa.



Kitorang ni boleh dikatakan satu kepala dan anything yang berkaitan dengan sales dan pomosi masing-masing boleh dapat kata sepakat. Yang bestnya everyone of us secara tak sengaja boleh beli benda yang sama. Nak tau apa benda tu?? sorry rahsia...(^__^)




Ini namanya Baby Dragon. Dekat dalam Baby Dragon ada maggi goreng yang disalut dengan kulit popia..Tak pasti kulit apa, tapi rasanya macam kulit popia basah. Actually, kedai yang kitorang pergi makan ni namanya kedai Murni yang terletak di Aman Suria. Makanan dekat sini memang best dan portion for every single plate memang banyak. So, kalau nak makan dekat sini, pastikan korang betul-betul lapar, baru boleh habiskan satu plate ni. 
P/s: Iolss memang tak dapat nak habiskan, separuh dah kena bungkus bawak balik rumah.










Monday 2 March 2015

20 Facts About Me

Assalamualaikum...

1. Sangat takut jadi gemuk.

2. Pernah jadi gemuk dulu, time bila? sebelum pakai braces..huhu.

3. Paling pantang dengan Nescafe dan Teh Tarik, especially teh tarik mamak.

4. Teringin nak ada rumah sendiri lengkap dengan personal bilik gym. Sebab nanti hari-hari       boleh exercise.

5. Bukan jenis suka cakap kosong.

6. Sangat tak suka pada orang yang tak serius dan suka main-main.

7. Agak degil.

8. Suka saving duit, walaupun tak banyak.

9. Suka lelaki yang agresif dan jenis yang berterus terang. Sebab aku jenis yang pendiam, so need someone yang boleh buat aku ketawa.

10. Aku jenis yang akan cakap straight to the point.

11. Sangat tak pandai nak menipu. Sebab kalau menipu nanti macam tak sedap hati.

12. Sangat suka berahsia especially bab hati dan perasaan.

13. Suka pendam perasaan, kalau dah tak tahan akan nangis diam-diam dalam bilik.

14. Sangat suka main game.

15. Suka beli barang-barang murah. Jarang beli barang berjenama.

16. Suka memasak dan baking kek.

17. Suka persekitaran yang bersih dan kemas.

18. Tak suka berhutang dan meminta hutang

19. Tak suka menyusahkan orang lain kalau boleh nak selesaikan sendiri masalah sendiri tanpa bantuan orang lain. Kalau dah memang tak mampu baru minta pertolongan orang.

20. Suka lelaki "gentleman", kalau nak cari husband akan tengok ciri-ciri ni dulu.

Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah 20 facts yang ada, tak mau citer banyak-banyak sangat...(^__^)