Thursday 26 February 2015

Resepi Carrot Cheese Cake

Assalamualaikum...

Aktiviti dapur aku yang kedua ketika di kampung iaitu aktiviti membaking kek. Aku ni seorang yang boleh dikatakan "hantu kek" dan memang suka segala jenis dessert atau manisan especially kek. That's why minat nak buat kek pon terjadi akibat daripada nafsu yang satu ni. Tak nak cerita panjang-panjang, then I nak resepi carrot kek ni dekat sini.

Bahan-Bahan:

1. 250gm Tepung kek low protein (Aku beli tepung kek ni di kedai bahan-bahan kek "Bake with Yen" harga dia RM 3 sahaja)
2. 4 biji telur gred A
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 1 1/4 minyak jagung atau boleh juga guna minyak masak
5. 120 gm gula kastor
6. 120gm gula merah
7. 100gm walnut (tak timbang pon, agak-agak jer)
8. 1 cawan kismis
9. 1 1/2 cawan karot parut
10. 1 sudu kecil baking soda

Bahan-Bahan Topping:

1. 140gm gula icing
2. 250gm cream cheese
3. 120gm butter
4. 1 sudu kecil vanilla
#Semua bahan dicampur dan dipukul sehingga kembang

Tepung naik sendiri tu tak termasuk dalam list bahan-bahan untuk carrot kek. Dah tersilap beli tepung, then baru persan dalam resepi tak guna pon tepung naik sendiri.

Campurkan gula kastor dan gula merah dalam satu bekas. Kacau mesra, dan kalau boleh hilangkan ketulan-ketulan gula tersebut. Selepas itu campurkan minyak dan telur dan kacau sebati dengan menggunakan hand mixer.


Ayak tepung dan baking powder, selepas itu gaulkan tepung tadi dengan kismis dan walnut. Cara ni dibuat untuk mengelakkan kismis dan walnut jatuh ketika di dalam oven.

Masukkan tepung yang dicampurkan dengan walnut dan kismis itu tadi kedalam campuran gula tadi.


Tuangkan ia kedalam dulang 4 segi macam ni. Jangan lupa untuk melaserkan loyang anda dengan mentega dan tepung untuk mengelakkan dari kek anda melekat pada loyang

Iolss bakar kek ni di atas api dapur dengan menggunakan my mom punya periuk serbaguna yang diturunkan dari nenek iolss. Kalau guna periuk ni, ia hanya mengambil masa selama 1 jam 10 minit pada suhu dapur yang minimum. 

Sementara menunggu kek masak, pukul sebati cream cheese dan simpan sebentar di dalam peti ais.




Inilah hasil dia selepas disapukan dengan cream cheese.


2nd Trial:

Carrot Cup Cake

2nd trial pulak aku nak cuba buat carrot cup cake dengan menggunakan resepi yang sama seperti di atas.

Tengoklah kerja aku yang comot ni. Almaklumlah ni lah first time nak buat cup cake. Tapi nasib baik menjadi uolss..(^__^)

Cup Cake ni aku bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.


Boleh dapat dalam 20 lebih cup cake kalau ikut resepi seperti yang di atas.



Aktiviti yang paling iolss suka iolss buat topping dekat atas kek ni. Dulu masa kecik2x selalu berangan nak pegang piping beg dan buat bentuk bunga comel-comel dekat atas kek. Best tu memang best, tapi penatnya tuhan saja yang tahu. Tapi penat tu akan hilang bila tengok topping yang kita buat menjadi. (^__^)



Cinta Pertama

Assalamualaikum...


Malam ni suasana agak tenang dan fikiran pun tak berapa nak bercelaru, maybe disebabkan hujan yang lebat petang tadi. Tiba-tiba dapat satu idea nak menulis malam ni bertemankan Encik Bear di sisi. 

Mula-mula memang bear tu duduk di situ, sat lagi bila dah start sakit pinggang menulis, bear tu lah yang akan menjadi tempat menyandar ..huhu

Siapa di sini pernah ada cinta pertama?? Betul ke cinta pertama ni susah untuk dilupakan?? Siapakah yang paling susah nak melupakan cinta pertama, kaum lelaki atau kaum wanita?.  Betul ke kaum lelaki yang paling susah nak melupakan cinta pertama mereka sedangkan kaum wanita lebih pentingkan cinta terakhir mereka. Maksud cinta terakhir ni cinta yang kekal sehingga ke akhir hayat.

Tapi bagi pendapat aku, tak kisah lelaki ataupun perempuan, cinta pertama memang susah nak dilupakan. Yang pasti kalau nak melupakan mungkin ia akan mengambil masa yang lama. Sakitnya dikhianati dan ditinggalkan dari cinta pertama memang akan berbekas selamanya di hati seseorang itu. Bunyi macam pakar diari cinta pulak..huhu. Mungkin pengalaman dan keadaan persekitaran yang membuatkan aku boleh membuat rumusan serta berfikir dan boleh melontarkan pendapat seperti ini. 

Gambar ehsan encik "google".

Kepada yang pernah mengalami situasi seperti ini, dan sangat tabah untuk melupakan si dia, anda adalah seorang yang kuat dan ingatlah ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk diingat contohnya parents kita dan yang paling penting sekali kita ada Allah yang selalu berada di samping kita yang akan mendengar setiap keluhan dan tahu segala kesusahan kita. Mengadu pada Dia dan berdoa supaya dapat melupakan si dia supaya kita dapat menerima orang yang lebih baik dari sebelum ni.

Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal perkara ni, bunyi macam ada pengalaman pulak kan. Boleh dikatakan ada, agak lama jugaklah untuk melupakan si dia dan sekarang perasaan itu makin lama makin pudar dengan sendirinya. Buat apa nak dikenang kisah lama, pergilah dikau dari hidup ku selama-lamanya (*sambil flip my hair) huh.

Gambar ehsan encik "google". Tak kan nak letak gambar aku buat flip hair pulak kan?? (^__^)

Yang paling penting sekali, jangan tiba-tiba pulak korang stalk balik korang punya ex, nanti tak pasal-pasal teringat balik kisah lama korang. Cekalkanlah hati dan buatlah perkara yang lebih berfaedah dari korang stalk balik korang punya ex, tak kisahlah dekat FB, twitter ataupun instagram. Ingat statement ni: buat "dont know" and "dont care" jer tau.






Wednesday 25 February 2015

Resepi Pizza Gebu

Assalamualaikum...


Cuti hari raya cina minggu lepas, aku pulang ke kampung hampir seminggu jugaklah. Almaklumlah company ni chinese company, jadi kena follow mereka punya cuti. Kalau dah balik rumah, kalau tak masuk dapur memang tak sahlah, time ni la nak asah skill memasak dan nak tunjuk depan my mom resepi-resepi baru yang anak dia nak tunjukkan.

Maka terhasillah satu resepi Pizza campak-campak hasil carian dari blog. Resepi base pizza ni curi sikit idea resepi donut my sis. Sebabnya resepi donut my sis sangat gebu dan kalau dijadikan base pizza confirm sedap.

Bahan-bahan base:


1. 3 cawan tepung roti (pakai tepung gandum pon boleh)
2. 3 sudu kecil mauripan segera
3. Air
4. Sebiji telur
5. 2 1/2 sudu besar mentega
6. 2 sudu besar gula
7. 3 sudu besar susu pekat

Bahan-bahan topping:


1. Daging hancur
2. Cili benggala
3. Mozarella
4. Bawang holand
5. Cendawan butang
6. Nenas dalam tin
7. Sos prego
8. Bawang putih cincang
9. Sos tomato
10. Sos Cili

Cara-cara:


1. Rendam yis dalam air suam dengan 1 sudu besar gula. Biarkan seketika sehingga yis berbuih
2. Campurkan kesemua bahan base dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tuang air sedikit-demi sedikit.

Inilah rupa doh yang dah direhatkan selamat 1 jam.

Doh yang besar macam ni boleh dapat dalam 3 tray dulang bakar.

3. Selepas dilenyet-lenyetkan di atas dulang, bolehlah sapukan sos prego, sos tomato, soso cili, taburkan sedikit bawang putih. Nak lebih sedap, sapukan sedikit minyak zaitun di atas doh pizza. Bahan yang lain tu boleh ditaburkan saja seperti gambar di bawah ni.

Gambar pizza selepas dibakar tak sempat diambil sebab dah kena bedal awal-awal. 

Tips: 

* Untuk mempercepatkan lagi proses memasak pizza, bakar dulu base pizza ke dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 darjah celcius. Lepas tu, baru taburkan bahan-bahan topping dan masukkan semula ke dalam oven untuk masakkan keseluruhan pizza selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

* Nak lebih sedap sapukan mentega di sekeliling pizza sebelum ia dibakar di dalam oven










Tuesday 24 February 2015

Free SmartPhone dengan Big Points

Assalamualaikum...


Sebelum ni saya ada post mengenai kelebihan Tune Talk Tone Excel (TTTE) dalam penebusan tiket flight Air-Asia secara percuma dengan mengumpul points untuk setiap top-up atau kredit yang dibelanjakan untuk telefon kita sendiri. Boleh rujuk Link ni: free-tiket-air-asia-dengan-big-points. Sekarang ni saya ingin menceritakan tentang kelebihan lain yang boleh kita dapat dari pengumpulan points bagi setiap kredit yang dibelanjakan. 

Dengan menggunakan simkad TTTE ni kita boleh menebus smartphone dari points yang kita kumpul melalui perbelanjaan kredit telefon kita.


Contoh smartphone yang boleh ditebus melalui points yang dikumpul dari setiap kredit perbelanjaan telefon kita.


Banyal lagi pilihan smartphone yang boleh ditebus, contohnya sony xperia T3. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara penebusan point ni boleh lah berkunjung ke laman web: shop.tunetalk.com/Smartphones/.

Kepada yang suka mengumpul gadjet, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan smartphone secara percuma bagi setiap perbelanjaan kredit telefon anda. Bagi yang masih tidak percaya dengan points yang kita boleh dapat, boleh rujuk pada picture di bawah ni:


Ini adalah top-up kredit RM 50 yang saya buat di Maybank2u.


#1 Topup =RM 50
#2 Kredit percuma TuneTalk bagi = RM 20
#3 Previous Balance = RM 6.96
Jumlah kredit yang saya dapat adalah = RM 76.96.



Total BIG Points yang saya dapat setakat ni adalah 190 Points

#1 Topup RM 50 = 120 BIG points
#2 Previous Points = 70 BIG points
Jumlah BIG points terkumpul =  190 BIG points.




Jika berminat untuk mendapatkan SimKad TuneTalkToneExcel boleh hubungi saya di nombor 013-4216891. (Whatsapp juga Available)







Monday 23 February 2015

Free Tiket Air-Asia dengan Big Points

Assalamualaikum...


Siapa dekat sini yang jenis kaki travel?? Best kan kalau boleh dapat free tiket Air-Asia macam tu jer tanpa perlu buat apa-apa. Di sini ada cara bagaimana untuk menukarkan perbelanjaan top-up/kredit telefon bulanan anda kepada tiket Air-Asia. Caranya ialah dengan redeem Points bagi setiap kredit/top-up yang dibelanjakan. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada pengguna simkad Tune Talk Tone Excel SAHAJA!!. Untuk lebih detail tentang kelebihan lain yang ada pada TTTE boleh klik ke link ini: Kelebihan yang ada pada SimKad saya


Ini adalah cara pengiraan points bagi setiap kredit yang dibelanjakan. Bayangkan kalau kita kumpul points ni banyak-banyak, macam-macam tempat yang kita boleh pergi dengan tiket Air-Asia. Kalau kita topup RM 50 setiap bulan secara consistant, 120 points didarabkan dengan 12 bulan, totally kita boleh dapat 1440 Big Points dalam masa setahun SAHAJA!!. Selain itu, kalau top-up RM 50 setiap bulan secara consistant juga, kita juga akan dapat free life insurance sebanyak RM 100,000,00. Manarik bukan?? Kalaulah saya dah tukar awal-awal simkad saya kepada TTTE, agak-agaknya berapa ribu Points yang saya boleh dapat sekarang ni?? Rasanya dah tak terkira points yang saya akan dapat..



Ini adalah antara detail untuk setiap points dan tiket flight yang boleh ditukarkan setiap kali anda top-up. Untuk lebih detail bolehlah berkunjung sendiri ke Website TuneTalk for Air-Asia Ticket Flight Points Redeem. Redeem Points untuk tiket flight Air-Asia akan bertukar setiap bulan bergantung kepada promosi bulanan Air-Asia dan Tune Talk.

Jom bertukar kepada Tune Talk Tone Excel dan kita bakal memperoleh kelebihan yang berganda-ganda bagi setiap kos perbelanjaan kredit telefon kita. Kita bayar untuk servis (Sms, Call, Internet) mereka dan kita juga bakal peroleh pulangan bagi setiap perbelanjaan telefon kita.


Jika berminat untuk mendapatkan SimKad TuneTalkToneExcel boleh hubungi saya di nombor 013-4216891. (Whatsapp juga Available)










Thursday 12 February 2015

Kelebihan yang ada pada Sim Kad Saya

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan kelebihan yang ada pada sim kad saya. Sekarang ni saya sedang menggunakan satu sim kad yang dinamakan sebagai Tune Talk Tone Excel. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat jika menggunakan sim kad Tune Talk ni.


Banyakkan kelebihan dia berbanding dengan sim kad biasa yang kita guna. Selain dapat call, sms dan berinternet kita juga bakal mendapat perlindungan insurans sebanyak RM 100K, bonus point, berpeluang memenangi cabutan bertuah dan yang paling menarik sekali boleh menjana pendapatan pasif bulanan kita.


Antara kelebihan lain pada sim kad Tune Talk Tone Excel ni. Siapa nak bagi Free kredit macam tu jer kalau kita topup RM 30 atau RM 50. Rasanya tak pernah dengar lagi telco yang lain boleh bagi free kredit yang banyak macam ni setiap kali kita topup.

Lagi satu yang best sekali, sim kad TTTE ni dah tersedia RM 30 kredit percuma. Jadi, selepas sahaja diaktifkan, kita akan dapat Free RM 30 kredit bila kita dah daftar menjadi pengguna.

Belum kira lagi bonus point yang kita bakal dapat setiap kali kita topup. Kalau dikumpulkan banyak-banyak dah boleh ditukarkan dengan sebuah handphone ataupun tiket flight percuma Air Asia lagi.

Kalau telco yang lain guna bertahun-tahun point, tak mungkin dapat kelebihan yang macam ni. Kita just topup guna dan habis macam tu jer. Sekurang-kurangnya kalau menggunakan TTTE ni adalah sedikit pulangan yang kita akan dapat. 


Jika berminat boleh hubungi saya di nombor 013-4216891 untuk  keterangan yang lebih lanjut. (Whatsapp also Available)




Monday 9 February 2015

Kenapa Saya Memilih Untuk Menukar Sim Kad Saya?

Assalamualaikum...


Entri kali ini saya ingin menceritakan kenapa saya telah menukarkan Sim Kad saya yang lama kepada Sim Kad Tune Talk Tone Excel. Sim Kad telefon yang lama macam biasalah kita top-up RM 50 kita guna untuk call, SMS atau pun berinternet. Tapi yang paling penting sekali nombor kita dari sim kad yang lama masih boleh dikekalkan walaupun sudah menukar ke sim kad yang lain.

Tapi apa yang kita dapat setelah bertahun-tahun menggunakan servis telco yang sama. Tiada apa-apa yang kita dapat selain daripada duit kita yang habis dilabur untuk mengkayakan lagi telco-telco servis provider . 

Dengan menggunakan TuneTalk Tone Excel, anda berpeluang untuk mendapat banyak   faedah dan kebaikan sejurus boleh menambah sumber pendapatan sampingan anda:



Memang banyak faedah yang kita akan dapat dengan menggunakan TuneTalk Tone Excel (TTTE) ni. Semuanya anda akan perolehi sekiranya anda telah menukarkan sim kad kepada TTTE.


** Jika anda berminat dan untuk mengetahui penerangan yang lebih lanjut anda boleh hubungi saya sendiri, Siti di nombor 013-4216891. (Whatsapp also available).
Thank you for reading...


Cara Menjana Pendapatan Pasif hanya Melalui Handphone Anda

Assalamualaikum...


Persaingan dunia yang semakin mencabar dan harga barang yang semakin meningkat, membuatkan aku berfikir sejenak, mampukah pendapatan ataupun gaji sekarang ini dapat menampung hidup kita sehingga ke hari tua. 

Almost, 60% dari gaji kita akan disalurkan untuk membayar hutang-hutang dan bil-bil bulanan kita. Jadi, berapa percent saja yang tinggal untuk diri sendiri dan untuk mak ayah?. Kadang-kadang kita juga akan berkira-kira nak bagi berapa ringgit tiap-tiap bulan pada parents kita, sebab nak menaggung kehidupan diri sendiri pun terumbang-ambing. Tapi alhamdulillah kalau ada rezeki lebih, duit untuk mak ayah memang tidak akan dilupakan. 

Tiap-tiap bulan yang paling best adalah kena kira budget perbelanjaan supaya tidak terlebih belanja dari yang sepatutnya. Kan best kalau tak perlu nak fikir pasal duit ataupun budget lari bila dapat gaji pada setiap bulan. Tak perlu nak ikat perut dan fikir berapa banyak yang boleh disimpan selepas mengira semua perbelanjaan yang sepatutnya digunakan. Impian aku adalah supaya dapat membawa mak ayah menunaikan haji dan umrah bersama. Kan seronok, kalau dapat bawa ibu dan ayah kita menunaikan haji umrah dengan duit hasil titik peluh kita bekerja.

Di sini aku ingin perkenalkan sejenis bisnes Network Marketing Tone Excel/Tune Talk yang hanya menggunakan Handphone anda sendiri dengan bermodalkan hanya sebanyak RM90 SAHAJA!!!. Modal tak sampai RM 100, dah boleh mulakan satu perniagaan. 

Perniagaan ini Simple dan sangat Mudah sebab:

1. Tidak perlu untuk berjumpa orang

2. Tidak perlu membuka kedai

3. Tidak perlu berhenti kerja

4. Tidak perlu membuat kertas kerja, 

5. Tidak perlu menggunakan perancangan kerja yang baik

6. Tidak perlu apa-apa pengalaman perniagaan. 


Hanya memerlukan Handphone anda dan modal RM 90 Sahaja!!!. Dengan handphone anda, anda boleh Menukar Perbelanjaan Handphone anda kepada Sumber Pendapatan Pasif setiap Bulan




Nak ditekankan di sini, Ini bukan bisnes M.L.M!, Bukan Skim Cepat Kaya atau yang sewaktu dengannya!, Ini Program Rujukan, Bisnes SIMKAD! Buat Kerja Sekali, Perkenalkan SIMKAD WOW anda dan akan dapat Bonus berkali-kali selagi orang yang anda taja itu Topup...



** Untuk keterangan yang lebih lanjut dan berminat untuk menceburi           perniagaan ini boleh hubungi saya Siti di nombor 0134216891 (Whatsapp also Available). 






Sunday 8 February 2015

Cara Tinggalkan Link Entri anda di Ruangan Komen

Assalamualaikum...


Rasa-rasanya ramai dah yang tahu macam mana nak linkkan blog kita di mana-mana ruangan komen blogger yang lain. Tapi aku still nak cerita juga, sebab kadang-kadang aku pun lupa macam mana nak linkkan kita punya entri di ruangan komen. Jadi, kalau siap-siap tulis dekat blog sendiri, senang sikit copy dia punya program code.

Macam ni cara dia:


MESEJ ANDA: <a href="LINK ENTRI ANDA"><b>TAJUK ENTRI ANDA</b></a>

Contohnya:

Mesej anda tu boleh tukar ke : Entri terbaru

Link entri anda : Copy dan paste link entri terbaru anda,                       http://kimchijigae.blogspot.com/2015/01/my-simple-daily-makeup.html

Tajuk entri anda: My Simple Daily Makeup

Selamat mencuba!!!


Tuesday 3 February 2015

Muslimah Saloon Al-Zahrah Shah Alam

Assalamualaikum..

Mana nak cari saloon muslimah dekat area Selangor ni?..cari punya cari last-last jumpa saloon muslimah Al-Zahrah cawangan Shah Alam. Oleh sebab Shah Alam yang paling dekat, so aku ambil keputusan untuk menyinggah ke saloon ni. Selain Shah Alam, cawangan di Bangi, Sri Manjung dan Wangsa Maju pun ada. Actually, aku nak pergi saloon ni sebab nak potong rambut yang dah semakin panjang dan memang perlu dicantas dengan segera sebab kepala dah rasa sangat berat. Selain itu, yang bagusnya saloon ni perempuan saja yang dibenarkan masuk dan sangat berbaloilah muslimah macam kita untuk mencuba dan aurat kita pun akan terjaga. 


Saloon ni betul-betul sebelah butik Fareeda dan di belakang Jakel. Saloon ni berada di level 2, so kena exerciselah sikit untuk naik ke atas


Suasana di dalam pun selesa dan tempat ruang menunggu pon disediakan (*Gambar dari Fb Al-Zahrah Saloon)


Sambil menunggu boleh minum air teh yang disediakan. (*Gambar dari Fb Al-Zahrah Saloon)


Khidmat spa pon disediakan di sini (*Gambar dari Fb Al-Zahrah Saloon)



Harga dan servis yang disediakan di sini. Kos untuk potong rambut adalah dalam RM 20++ dan cuci rambut 23++ ikut panjang rambut. Cara dia gunting memang bagus dan hasil dia memang best, nanti kalau nak cuci atau potong rambut memang dekat sini jerlah lepas ni. 


Monday 2 February 2015

Resepi Korean Penkek (Pojeon)

Assalamualaikum...

Semalam iolss main masak-masak lagi dengan bertemakan sarapan pagi ala-ala korea. Siapa pernah makan "Pojeon" ataupun boleh dikenali sebagai penkek korea. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam resepi ni adalah sayur-sayuran dan seafood. Kebanyakannnya orang korea memang suka makan sayur. Sebab rindu sangat nak makan makanan korea, maka terhasillah resepi ala-kadar ni.

Bahan-bahan:

1. 4 cawan tepung gandum

2. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

3. 3 sudu kecil garam

4. Daun bawang

5. Karot

6. Sotong / Udang

7. Cili Merah

8. Air

9. Kimchi (Optional)




Bahan-bahan utama yang digunakan. Kalau suka sayur lebih, letak lebih sayur pon tak apa. Bancuhan tepung haruslah tak terlalu pekat dan terlalu lembik. Proses dia sama jer dengan proses membuat cucur udang.


Taburkan bahan-bahan sayuran dan sotong di atas kuali yang panas. Gunakan kuali non stick supaya tepung tidak akan melekat.



Lepas itu, curah dalam satu senduk bancuhan tepung tadi ke atas sayuran tadi.


Nilah dia selepas dimasak. Kalau nak lagi advance, boleh campurkan tepung tadi dengan kimchi yang sudah masam. Rasanya akan lebih berbeza, sebab kimchi tu akan beri rasa yang masam
.




Sedia untuk dimakan. Boleh dicicah dengan sos untuk rasa yang lebih menyengat.