Monday 1 December 2014

"Sopoong" Korean Food

Assalamualaikum...

Hari Ahad yang lepas, aku dan member-member aku pergi ke Times Square untuk merasa makanan korea yang asli di "Sopoong" restoran. Bagi aku makanan dia memang berbaloi dimakan dan ia juga halal, berbanding dengan Dubu-dubu yang harganya agak mahal  dan pilihan makanan dia juga kurang.

Banyak pilihan yang kita boleh cuba, contohnya kalau nak makan ramyoen, kimbap, penkek korea, ataupun bibimbap semuanya ada di Sopoong. Walaupun tak cukup rehat dengan aktiviti yang penuh di hujung minggu, aku gagahkan juga untuk keluar ke Mid Valley untuk merasa makanan di Sopoong.  Ia bolehlah dikatakan sebagai persediaan sebelum ke Korea. Kalau di sana nanti tak ada lah culture shock sangat, sebab boleh tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan.


Pilihan menu makanan; yang peminat tegar ramyeon bolehla mencuba ramyeon yang dihidang di dalam periuk panas korea.


Ini adalah di antara side dish yang boleh dicuba.


Yang dalam mangkuk tu telur stim dan nasi goreng disertakan dengan side dish kimchi



Yang ini pula kimbap dan Dakgalbi. Harganya dalam belasan ringgit sahaja.


Yang ini pula yang telah menjadi pilihan aku Toppoki dengan Ramyeon spicy.



Yang ini penkek korea, rasa dia sama saja dengan cucur udang Malaysia.




Next time nak rasa Jajangmyeon pula, teringat cerita korea Couple or Trouble, dari cerita itulah dah teringin sangat nak rasa Jajangmyeon.


Restoran ini berdekatan dengan Cold Storage dekat LG floor sebaris dengan Universal Traveller. Owner dia memang orang korea dan servis dia juga bagus.


Lepas kenyang, aktiviti gila-gila kami adalah jalan-jalan, shopping, bergambar dan selfie (^ ^)


Kawan saya cakap saya dah kurus sikit, teh hijau dan cardio workout yang aku amalkan nampaknya memang menjadi. (^ ^)




No comments:

Post a Comment