Thursday 23 October 2014

Progres Gigi dan Braces

Assalamualaikum...

Nampaknya aku memang dah tak ada kerja di ofis, sampai boleh update blog lagi..hihi. Bukannya tak ada kerja, tapi dah letih tengok kerja yang bersepah. Lastly, dapat pulak idea nak update blog, then terus aku mengarang di sini..huhu. 

Setelah hampir sebulan lebih memakai braces, memang boleh dapat lihat kesan sampingan terhadap gigi aku...Yeyy.., gigi sudah semakin Ok, dan nampak lebih teratur dari dulu. Kalau dulu nak senyum nampak gigi pon malu. Dan sekarang ternyata berbeza dari sebelum ini.




Setelah sebulan pakai inilah hasilnya..gigi depan dah stabil sedikit ke belakang, dan lagi satu, gigi bawah pon dah teratur dan fix ke belakang.


Nak habak mai memang berbaloi pakai damon braces ni, sebab hasilnya memang mengagumkan, so iolss memang advice kalau sesiapa yang nak pakai braces, pakailah damon braces..huhu, walaupun harganya mahal, tapi hasilnya memang tak mengecewakan.

Sabtu lepas ada follow up untuk first time dengan dr. gigi, agak sakit sikit time dr. nak cabut dawai besi dan ketatkan lagi, tapi just untuk satu malam jer, esoknya ok dah. Tapi kalau da pakai braces ni, memang kena hygiene dalam pembersihan gigi, terutama sekali selepas makan. Kalau makan yang lembut-lembut tu ok lah lagi, kalau makan daging ke ayam ke atau pun sayur sekalipun mesti ada yang akan tersangkut kat celah celah dawai braces.


This picture is before I'm wearing my braces, I cannot smile to show my teeth. Now it was totally different, now I can smile brightly...(^ ^) 


Mak kata iolss dah kurus sikit lepas pakai braces, tapi sekarang selera dah kembali ke asal..huhu, macam mana cara untuk kembali turunkan balik berat badan. Best tau bila berat badan dah turun, badan rasa ringan jer dan rasa lebih sihat. Next entry, saya akan ceritakan cara iolss turunkan berat badan. Ok bye..












Monday 20 October 2014

Girls Night Out

Assalamualaikum..

Sabtu lepas 21st Oct 2014, kami berempat beradik keluar makan dan jalan jalan ke Mid Valley. You know what lama giler tak pergi Mid Valley. Tambahan pulak, on the same day Mid Valley ada buat Mom and Baby Expo. So, memang ramai orang dekat Mid Valley.


Susah  nak ambil gambar dengan budak comel ni. Ni lah anak saudara aku, Raihana Haseena. Sangat aktif dan suka berlari-lari, memang susah nak control budak ni.




Inilah yang kami makan. Kami makan dekat Manhattan Fish Market. Makanan boleh tahan la. Actually, kami nak makan di restoran Chilis, tapi full sangat sampai nak reserve pon tak boleh. 




 Tak ingat apa nama menu ni. Tapi yang pasti memang mengenyangkan. Satu dish ni harga RM 29.90. Not bad la, kalau nak cari makanan murah carilah restoran lain. 



*Yang ni bezanya sebab yang ni ada kupang. Nama kedai Manhattan, tapi stail menu plak stail Melayu, nampak tak ada sambal belacan dekat situ..huhu.





"Foodgasm" Festival TTDI

Assalamuailaikum...

Untuk menghilangkan kebosanan hari minggu di rumah, aku telah pergi ke Foodgasm Festival di TTDI. Location festival betul betul dekat Taman Rimba TTDI berdekatan dengan tempat kerja lama aku iaitu VADS..ahakss. Tapi hujan pulak petang tue, so kami decide nak pergi tengok wayang dulu dekat Paradigm mall. Cerita yang kami tengok adalah citer Anabelle, tak best mane pon, best lagi Conjuring.

Then lepas maghrib terus pergi ke TTDI nak found out la ape yang best dekat situ. Maybe sebab dah malam, banyak jugak kedai makanan yang dah nak tutup. Tapi still happening lagi dekat situ sebab ramai lagi pengunjung yang datang.


*Tak bentang tikar pon.(^--^)



*Macam ni lah suasana malam dekat foodgasmfest


*Makanan ala-ala korea pon ade di jual dekat sini. Tak try pon sebab ramai sangat orang yang beratur.


*Tara..this is me, ok dah malam, mata pon macam dah nak tertutup, payung memamg kene ade, karang tak pasal pasal jadi memori daun pisang pulak, kene berlari lari dalam jujan.






Tuesday 14 October 2014

Jangan Bersedih

La Tahzan Innallaha Ma' ana!.. 

Maksudnya: Janganlah Engkau Bersedih, Kerana Allah Bersama Kamu.



Beringatlah, Allah akan ada selalu bersama hambanya yang dalam kesusahan dan dalam kesedihan. Hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran membuat diri kita semakin tertekan dan menyeksakan. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kesilapan yang lalu. Menyesal di atas kesilapan yang lalu memang tidak dapat dinafikan. Tetapi kekuatan yang ada tidak cukup untuk melupakan kesilapan yang lalu.

Diri ini ingin berubah menjadi lebih baik, bagaimana harus melupakannya ya Allah, kenapa harus menjadi begini, sedangkan dulu hambamu mampu untuk melupakan dan mengatasinya. 




Hanya kepada Allah hambamu berserah dan engkaulah tempat ku kembali. Kekecewaan lalu yang pernah dirasai haruslah dilupakan dan di buang jauh ke dalam sudut hati. Pergilah dan jangan kembali, jangan himpitku dengan janji-janji palsu dan kata manismu.


Pergilah kesedihan yang melanda, dan aku akan serahkan segalanya pada yang maha esa dan terimalah taubat Ya Rabbi. 



P/S: Sebuah nukilan yang sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa yang dalam kesedihan.


Tuesday 7 October 2014

Waktu Bila Nak Buat Solat Sunat Tahajjud?

Assalamualaikum...

Apa yang dimaksudkan dengan 1/3 malam untuk tahajjud? Dah lama sebenarnya nak tahu apa yang dimaksudkan dengan 1/3 malam untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Tapi sebelum tu, apakah kelebihan solat sunat tahajjud? Solat sunat ni memang sangat besar ganjarannya sehingga ia ada disebut di dalam Al-Quran di dalam surah al-isra' ayat: 79:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Bilakah bermulanya sepertiga malam itu?, Ianya bermula selepas solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh, dan ia dibahagikan kepada 1/3 bahagian. Kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan, dan 3 jam terakhir adalah dikira 1/3 akhir malam.
So, kalau susah sangat nak bangun 3 atau 4 pagi tu, boleh la bangun tahajjud sebelum waktu subuh, pukul 5 pagi macam tu pon dah ok. Dan yang penting ianya digalakkan untuk dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu sebelum waktu subuh adalah waktu sahur dan digalakkan supaya banyakkan berdoa untuk memohon keampunan
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)


Marilah bersama-sama mengambil peluang keemasan yang Allah nak bagi. Ia adalah salah satu cara untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.
p/s: pesanan untuk diri saya sendiri juga.



*Bacaan doa qunut untuk solat subuh. (Sebagai selingan)



Monday 6 October 2014

Dubu-dubu and Shopping

Hello...

Boleh dikatakan tekak aku memang suka makanan korea, almaklumlah selalu sangat tengok cerita korea, itu yang sampai terpengaruh dengan makanan diorang.

So, untuk memuaskan tekak yang dah lama nak makan makanan korea, maka pergilah aku ke Dubu-dubu di One Utama. Aku telah mimilih untuk order satu set bibimbap. Sebenarnya banyak lagi pilihan makanan lain di Dubu-Dubu, tapi bagi akulah bibimbap adalah paling sedap dalam banyak-banyak menu yang tersenarai di Dubu-Dubu.


*Satu set Beef Bibimbap. Set merangkumi sos, kimchi, ikan bilis goreng, sayur kacang panjang, dan sup tauhu. Nak bagitau kat sini taugeh die memang banyak. haha



* Inilah yang terjadi selepas semua bahan digaulkan bersama. Nak bagitau memang kenyang habak hang..memang kalau pergi tak pernah nak habis makanan dia. Satu set ni adalah dalam RM 20++ kalau dah termasuk tax.




Lepas habis makan pegi jalan-jalan kejap ke Daiso. Kat Daiso ni banyak barang yang comel-comel. Semuanya harga Rm 5.


Sebab barang-barang dia yang comel dan murah, maka, aku pon telah terbeli satu set cream squeezer. Tapi bila nak digunakan, pon tak tau la...tunggu mood nak buat kek kembali semula.


Ini adalah salah satu barang yang perlu ada kalau nak pergi travel, iaitu Compression bag. Baik prepare beli dari sekarang untuk memudahkan kerja aku bila nak travel ke oversea nanti. 
(p/s: Feeling tak sabar dah sebenarnya)















My Beautiful Hometown

Assalamualaikum...

Entry kali ini saje nak share the beauty of my hometown. Dah lama sangat tak balik (*padahal sebulan je pon) halaman rumah dipenuhi dengan bunga-bunga kertas yang warna warni. Cuaca pulak sangat nyaman. 



* Banyakkan pokok bunga yang mak iolss tanam, dah macam taman bunga.




*Pokok gantung pon ade ataupun ade jugak orang panggil pokok janggut



* Bahagian tepi rumah. Belakang dan tepi rumah memang banyak pokok kelapa. Bagan Datoh memang popular dengan tanaman kelapa



* Bunga kat tanah tue tak tau bunga apa, dah macam karpet.



* Sweet flower.









Balik Kampung

Assalamualaikum...

Sambutan Hari Raya Haji memang tak lengkap tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara. Hari Raya Haji tahun ni tak buat korban pun, cuma balik jumpa keluarga dan makan bersama. Cuaca pulak sentiasa hujan dan sejuk. Air di kolah dah macam ais batu. Dah lama tak rasa suasana di kampung pada musim hujan.

Sejak balik kampung ni 24 hours kerjanya adalah makan, makan, dan makan. Almaklumlah dah lama tak makan masakan mak. Mak pulak masak sedap-sedap, lagilah berselera nak makan.




*Variety of food for breakfsat: Lemang, Nasi impit, Kuah kacang, Rendang ayam & Nasi goreng.
Semuanya memang sedap, rase macam nak makan lagi.


*Sup tulang lembu in the making. Orang buat korban kita pon dapat jugak habuan. 

So, esoknya before nak balik ke subang, mak masak bihun sup tulang lembu, so marvelous dengan ditambahkan lagi dengan sambal kicap pedas. Orang Perak ni kalau tak pedas memang tak sah.